Pendakwa Syarie lwn Ahmad bin Abd Rashid (No. Kes: 2401-L0605-665-0014)

Authors

  • Sabarudin Bidin iMahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Pilah Author

DOI:

https://doi.org/10.33102/altaqrir.15

Keywords:

Pungutan wang khairat, takzir, bidang kuasa, mitigasi hukuman

Abstract

Tertuduh, Ahmad bin Abd Rashid, telah didakwa di bawah Seksyen 106(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, kesalahan berkaitan dengan pungutan wang khairat. Tertuduh mengedarkan 13 tabung derma tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Kuala Pilah pada 5.1.2024. Walaupun beralamat di Kelantan, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah berbidang kuasa kerana kesalahan dilakukan dalam daerahnya sebagaimana diperuntukkan oleh Seksyen 67 ETJS (NS) 2003. Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut tatacara undang-undang (Seksyen 78–80, 96 ETJS) dan mengakui faham kesan pengakuannya. Dalam mitigasi, tertuduh merayu hukuman diringankan kerana mempunyai lima anak bersekolah, mengalami kemalangan semasa hadir ke mahkamah, dan hanya bertindak atas permintaan pihak lain. Pendakwa menegaskan bahawa kesalahan ini menjejaskan imej pentadbiran Islam dan membuka ruang penyelewengan dana umat. Mahkamah mengklasifikasikan kesalahan ini sebagai hukuman takzir mempertimbangkan rayuan tertuduh tetapi menolak untuk menganggap kesalahan ringan kerana berpotensi melibatkan unsur penipuan kutipan dana. Akhirnya, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000, atau penjara sebulan jika gagal bayar, sebagai hukuman yang adil, mendidik tertuduh serta memberi pengajaran kepada masyarakat agar mematuhi undang-undang pentadbiran Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-12-31

Issue

Section

Ground of Judgements - Lower Court

How to Cite

Pendakwa Syarie lwn Ahmad bin Abd Rashid (No. Kes: 2401-L0605-665-0014). (2025). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, 1(1), 63-69. https://doi.org/10.33102/altaqrir.15