Mohd Azhar bin Junos lwn Nurul Shahfika binti Mokhtar (No. Kes: 2312-L0705-152-0498)

المؤلفون

  • Azmi Aziz Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jempol Author

DOI:

https://doi.org/10.33102/altaqrir.17

الكلمات المفتاحية:

Pengesahan lafaz cerai، talaq، Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003، luar mahkamah

الملخص

Plaintif di dalam kes ini telah memfailkan kes pengesahan perceraian di bawah seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Plaintif di dalam permohonannya memohon kepada Mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai yang telah dilafaz olehnya sendiri. Seterusnya Defendan telah disaman untuk hadir ke Mahkamah bagi menjawab dakwaan Plaintif. Defendan telah hadir dan bersetuju dengan dakwaan Plaintif. Seterusnya Mahkamah telah menyiasat dakwaan Plaintif dan mengambil keterangan Defendan. Untuk memutuskan kes ini tiga persoalan utama perlu diputuskan oleh Mahkamah iaitu sama ada Mahkamah mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan kes ini, sama ada lafaz Plaintif adalah lafaz talaq yang sah dan sama ada lafaz talaq tiga (3) dengan sekali lafaz menjatuhkan tiga talaq atau satu talaq. Di dalam memutuskan kes ini, Mahkamah meneliti setiap rukun dan syarat kepada rukun telah dipenuhi mengikut hukum Syarak. Kesahan sesuatu lafaz talaq bergantung kepada kesempurnaan rukun dan syarat-syarat tersebut.

التنزيلات

تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.

التنزيلات

منشور

2025-12-31

إصدار

القسم

Ground of Judgements - Lower Court

كيفية الاقتباس

Mohd Azhar bin Junos lwn Nurul Shahfika binti Mokhtar (No. Kes: 2312-L0705-152-0498). (2025). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, 1(1), 77-81. https://doi.org/10.33102/altaqrir.17