Jariah binti Abu Samah lwn Razali bin Mohd Saad (No. Kes: 2304-L0105-221-0420)

المؤلفون

  • Hamizan Mohd Nor Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban

DOI:

https://doi.org/10.33102/altaqrir.19

الكلمات المفتاحية:

Nafkah 'iddah، talaq raj'i، perceraian، tuntutan

الملخص

Plaintif di dalam kes ini telah membuat tuntutan nafkah ‘iddah terhadap Defendan selepas perceraian talaq satu raj’i. Tuntutan nafkah ini merangkumi perbelanjaan untuk makan minum, perubatan dan kelengkapan diri bagi sepanjang tempoh ‘iddah, tiga bulan. Plaintif menyatakan Defendan mampu membayar dengan pendapatan pencen RM1,000.00 sebulan. Defendan mengakui tidak memberi nafkah ‘iddah tetapi bersetuju membayar nafkah makan minum. Mahkamah telah meneliti tiga isu utama dalam kes ini. Pertama, berkaitan kewajaran jumlah tuntutan Plaintif. Mahkamah mengambil kira kadar perbelanjaan makan minum yang lebih tinggi dari tuntutan kerana mengikut kesuaian perbelanjaan secara umum pada masa kini walaupun Plaintif gagal membuktikan apa-apa keperluan sebenarnya. Isu yang kedua ialah isu skop nafkah ‘iddah iaitu Plaintif memasukkan perbelanjaan perubatan dan kelengkapan diri yang tidak termasuk keperluan asas (makanan, tempat tinggal dan pakaian). Isu ketiga berkaitan kemampuan Defendan yang hanya bergantung kepada pencen berjumlah RM1,000.00. Jumlah pendapatan seperti ini meletakkan Defendan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan Nasional. Mahkamah di dalam kes ini, mengambil kira pandangan ulama yang menetapkan kadar nafkah bagi suami miskin adalah sebanyak satu mud makanan, lauk pauk dan pakaian biasa. Mahkamah meluluskan tuntutan nafkah ‘iddah Plaintif hanya untuk makan minum sahaja. Tuntutan bagi perubatan dan kelengkapan diri ditolak.

التنزيلات

تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.

التنزيلات

منشور

2025-12-31

إصدار

القسم

Grounds of Judgment - Lower Court

كيفية الاقتباس

Jariah binti Abu Samah lwn Razali bin Mohd Saad (No. Kes: 2304-L0105-221-0420). (2025). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, 1(1), 86-92. https://doi.org/10.33102/altaqrir.19