Transformasi Enakmen Mahkamah Syariah 2024 dalam Memperkukuh Institusi Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

The Transformation of the Syariah Court Enactment 2024 in Strengthening the Syariah Judiciary Institution of Negeri Sembilan

المؤلفون

  • Khairil Hafiz Nazari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Kamal Bashah Ahmad Tajuddin Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Japri Bahari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/altaqrir.22

الكلمات المفتاحية:

Syariah Court Enactment 2024، Syariah judiciary، judicial independence، Syariah supreme court، Syariah judicial committee، Islamic judicial reform، digitalisation of justice، Enakmen Mahkamah Syariah 2024، kebebasan kehakiman، institusi kehakiman Syariah، Mahkamah Utama Syariah، reformasi kehakiman Islam

الملخص

This article examines the reform of the Syariah judicial institution in Negeri Sembilan through the enactment and approval of the Negeri Sembilan Syariah Court Enactment 2024 by the State Legislative Assembly (DUN). Previously, the jurisdiction and structure of the Syariah judiciary in the state were governed by the Administration of the Religion of Islam Enactment 2003, which did not provide specific emphasis on judicial matters. The main issue identified was the absence of a dedicated legal framework to regulate the court structure comprehensively, thus creating gaps in safeguarding the independence, integrity, and professionalism of the Syariah judiciary. This study is significant as it assesses the efforts of Negeri Sembilan to strengthen its Syariah judicial system through the new enactment, which introduces a more systematic and integrated structure, including the establishment of the Syariah Supreme Court (Mahkamah Utama Syariah) and the Syariah Judicial Committee as an independent body responsible for judicial appointments, ethics, and discipline. The primary objective of this study is to evaluate the extent to which this enactment can serve as a model for Islamic judicial reform at the state level. The study employs a comparative analytical approach by examining the content of the new enactment and comparing it with judicial enactments in other states, such as Perak and Kedah, which had earlier introduced similar provisions. The findings reveal that the enactment not only completes the state’s legal structure but also positions Negeri Sembilan as a pioneer in the agenda of Islamic judicial reform in Malaysia. The article recommends that the implementation of the enactment be reinforced through regular monitoring, enhanced judicial training, and the adoption of digital systems to support administrative efficiency. Overall, this study contributes to academic discourse on the development of an Islamic judicial system that is independent, efficient, and imbued with integrity, while offering important implications for broader Syariah legal reform in Malaysia.

 

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan reformasi institusi kehakiman Syariah di Negeri Sembilan melalui penggubalan dan kelulusan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2024 oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebelum ini, bidang kuasa serta struktur kehakiman Syariah di negeri ini tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 yang tidak memberikan penekanan khusus terhadap aspek kehakiman. Permasalahan utama yang dikenal pasti ialah ketiadaan kerangka undang-undang tersendiri yang mengatur struktur mahkamah secara menyeluruh, sekali gus mewujudkan jurang dalam memastikan kebebasan, keutuhan, dan profesionalisme institusi kehakiman Syariah. Artikel ini penting kerana ia menilai usaha Negeri Sembilan untuk memperkukuh sistem kehakiman Syariah melalui enakmen baharu yang memperkenalkan struktur lebih sistematik dan bersepadu, termasuk penubuhan Mahkamah Utama Syariah serta Jawatankuasa Kehakiman Syariah sebagai badan bebas yang menguruskan hal ehwal pelantikan, etika dan tatatertib hakim. Matlamat utama kajian adalah untuk menilai sejauh mana enakmen ini mampu menjadi model reformasi kehakiman Islam di peringkat negeri. Metodologi kajian menggunakan pendekatan analisis perbandingan dengan meneliti kandungan enakmen baharu ini serta membandingkannya dengan enakmen kehakiman di negeri lain seperti Perak dan Kedah yang lebih awal menggubal peruntukan seumpamanya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa enakmen ini bukan sahaja melengkapkan struktur perundangan negeri, tetapi turut meletakkan Negeri Sembilan sebagai antara peneraju dalam agenda pembaharuan kehakiman Islam di Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada wacana akademik mengenai pembangunan sistem kehakiman Islam yang lebih bebas, efisien, dan berintegriti, sekali gus memberi implikasi penting terhadap usaha reformasi undang-undang Syariah di Malaysia.

التنزيلات

تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.

التنزيلات

منشور

2025-12-31

إصدار

القسم

Articles

كيفية الاقتباس

Transformasi Enakmen Mahkamah Syariah 2024 dalam Memperkukuh Institusi Kehakiman Syariah Negeri Sembilan: The Transformation of the Syariah Court Enactment 2024 in Strengthening the Syariah Judiciary Institution of Negeri Sembilan. (2025). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, 1(1), 122-132. https://doi.org/10.33102/altaqrir.22