Suhana binti Mohd Rasip lwn Kamariah binti Abdul Gani & Lain-lain (No. Kes: 2303-L0405-422-0143)

Pengarang

  • Khairil Hafiz Nazari Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban Author

DOI:

https://doi.org/10.33102/altaqrir.16

Kata kunci:

Nafkah tertunggak, harta pusaka, bidang kuasa, pelaksanaan perintah, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003

Abstrak

Permohonan ini untuk menguatkuasakan perintah nafkah anak yang tertunggak melalui harta pusaka si mati, khususnya wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Persoalan undang-undang utama yang ditimbulkan ialah sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa di bawah Seksyen 148 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 untuk melaksanakan perintah nafkah tertunggak ke atas harta pusaka. Mahkamah menekankan prinsip subject matter jurisdiction, iaitu bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad kepada penentuan status waris dan kadar bahagian faraid masing-masing, manakala pentadbiran harta pusaka termasuk penyelesaian hutang si mati adalah bidang kuasa eksklusif Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Selain itu, Seksyen 148 hanya memperuntukkan tiga mekanisme pelaksanaan perintah, iaitu penyitaan dan penjualan, prosiding hiwalah, serta pengkomitan. Peruntukan ini tidak meliputi pelaksanaan melalui harta pusaka. Keputusan ini bukan sahaja menegaskan batasan bidang kuasa Mahkamah Syariah, tetapi juga menggariskan keperluan bagi proses pensabitan tunggakan nafkah dilakukan terlebih dahulu sebelum ia boleh dituntut sebagai hutang sah terhadap pusaka si mati. Justeru, kes ini memperlihatkan kepentingan penyelarasan antara undang-undang Syariah dan undang-undang sivil dalam pentadbiran pusaka orang Islam di Malaysia.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Diterbitkan

2025-12-31

Terbitan

Bahagian

Ground of Judgements - Lower Court

Cara Memetik

Suhana binti Mohd Rasip lwn Kamariah binti Abdul Gani & Lain-lain (No. Kes: 2303-L0405-422-0143). (2025). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, 1(1), 70-76. https://doi.org/10.33102/altaqrir.16