Mohamad Khairuddin bin Mohamed Zin lwn Nurul Aisha Izzati binti Hamdan (No. Kes: 2503-L0805-152-0043)

Pengarang

  • Muhammad Jimmy Muhammad Azlin Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jelebu Author

DOI:

https://doi.org/10.33102/altaqrir.18

Kata kunci:

Pengesahan lafaz talaq, lafaz sarih, pensabitan penceraian, Undang-Undang Keluarga Islam

Abstrak

Plaintif dalam kes ini telah membuat permohonan Pengesahan Lafaz Talaq di bawah Seksyen 57 Undang-Undang Keluarga Islam. Pada masa yang sama, berlaku rujuk yang tidak pernah dilaporkan ke mana-mana pihak berkuasa berkaitan dalam tiga hari selepas Plaintif melafazkan cerai tersebut. Lafaz cerai yang secara jelas menggunakan perkataan “cerai” adalah satu lafaz sarih yang tidak memerlukan niat suami untuk mensabitkan perceraian. Dalam kes ini, Hakim Bicara memutuskan bahawa perceraian antara Plaintif dan Defendan adalah sah. Berkaitan lafaz rujuk juga, lafaz sarih telah digunakan oleh Plaintif iaitu perkataan “rujuk”. Oleh yang demikian, dalam kes ini, memandangkan lafaz yang digunakan merupakan lafaz sarih, maka Mahkamah tidak perlu mengambil keterangan berkaitan niat ketika lafaz cerai dan rujuk tersebut dibuat.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Diterbitkan

2025-12-31

Terbitan

Bahagian

Ground of Judgements - Lower Court

Cara Memetik

Mohamad Khairuddin bin Mohamed Zin lwn Nurul Aisha Izzati binti Hamdan (No. Kes: 2503-L0805-152-0043). (2025). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, 1(1), 82-85. https://doi.org/10.33102/altaqrir.18