Pendakwa Syarie Negeri Sembilan lwn Salina binti Anuar (No. Kes: 05009-114-0675-2016)

Pengarang

  • Zulzaidi Mahmod Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban Author

DOI:

https://doi.org/10.33102/altaqrir.20

Kata kunci:

Percubaan persetubuhan haram, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan, beban pembuktian, maslahah ammah

Abstrak

Kes ini adalah perbicaraan penuh kes jenayah Syariah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban terhadap tertuduh, Salina Binti Anuar, atas pertuduhan percubaan persetubuhan haram di bawah Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992. Walaupun tertuduh mengaku tidak bersalah pada 16.1.2017, Mahkamah mendapati pihak Pendakwa Syarie berjaya membuktikan kes wujud kes dan memerintahkan tertuduh untuk membela diri pada 28.1.2019. Mahkamah memutuskan bahawa tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, terutamanya kerana gagal mematahkan elemen ketiadaan hubungan mahram atau suami isteri sewaktu ditangkap. Setelah Mahkamah mensabitkan tertuduh melakukan kesalahan tersebut, Mahkamah mengambil kira rayuan peringanan hukuman oleh Peguam Syarie iaitu berdasarkan usia muda tertuduh ketika kejadian, status beliau sebagai pesalah kali pertama, dan tempoh kes yang berlanjutan selama enam tahun. Mahkamah juga menimbangkan rayuan pemberatan oleh Pendakwa Syarie, yang menekankan kepentingan hukuman sebagai pengajaran kepada masyarakat. Dengan matlamat hukuman sebagai pencegahan, pembalasan, dan pemulihan, serta prinsip mengutamakan maslahah ammah (kepentingan umum), Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda, pada 19.9.2022.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Diterbitkan

2025-12-31

Terbitan

Bahagian

Ground of Judgements - Lower Court

Cara Memetik

Pendakwa Syarie Negeri Sembilan lwn Salina binti Anuar (No. Kes: 05009-114-0675-2016). (2025). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, 1(1), 93-107. https://doi.org/10.33102/altaqrir.20