Plea Bargain dalam Kerangka Keadilan Jenayah Islam Syariah: Analisis Cadangan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah Malaysia
Plea Bargaining within the Islamic Criminal Justice Framework: An Analysis of Its Proposed Implementation in the Syariah Courts in Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.33102/altaqrir.21Kata kunci:
Plea bargaining, Syariah criminal justice, Malaysian Syariah Courts, implementation of Syariah law, restorative justice, plea bargain, keadilan jenayah syariah, Mahkamah Syariah Malaysia, pelaksanaan undang-undang syariah, keadilan restoratifAbstrak
The implementation of plea bargaining in the Syariah criminal justice system in Malaysia is an increasingly relevant issue, as it has the potential to expedite the trial process and reduce court congestion. However, the application of plea bargaining in the context of Syariah criminal law in Malaysia requires in-depth study to ensure that it does not conflict with the principles of justice established by Islam, particularly in maintaining the rights of the accused and the victim. This study aims to analyze the proposed implementation of plea bargaining in Syariah criminal cases under the jurisdiction of the Syariah Courts in Malaysia, with a focus on issues of justice and transparency in the legal process. The study uses a literature review approach, examining and analyzing literature related to plea bargaining, including previous studies, Syariah law, and its application in the judicial system. The data obtained is analyzed through content analysis using a qualitative research approach. The findings show that plea bargaining has the potential to expedite the resolution of cases, but the main challenge is to ensure that justice is preserved without neglecting the rights of the victim. Therefore, the proposed model for implementing plea bargaining must include strict oversight mechanisms to ensure that Syariah principles are respected. The critique and reflection in this study are important for improving and enhancing the Syariah criminal justice system in Malaysia.
Abstrak
Pelaksanaan plea bargain dalam sistem perundangan jenayah syariah di Malaysia merupakan suatu isu yang semakin relevan, memandangkan ia berpotensi untuk mempercepatkan proses perbicaraan dan mengurangkan kesesakan mahkamah. Walau bagaimanapun, penerapan plea bargain dalam konteks undang-undang jenayah syariah di Malaysia memerlukan kajian mendalam untuk memastikan ia tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan yang ditetapkan oleh Islam, terutamanya dalam mengekalkan hak tertuduh dan mangsa. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis cadangan pelaksanaan plea bargain dalam kes-kes jenayah syariah yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia, dengan fokus kepada isu-isu keadilan dan ketelusan dalam proses perundangan. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan, dengan meneliti dan menganalisis literatur yang berkaitan dengan plea bargain, termasuk kajian terdahulu, perundangan syariah, dan penerapannya dalam sistem kehakiman. Data yang diperoleh dianalisis secara analisis kandungan dengan pendekatan kajian secara kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa plea bargain berpotensi untuk mempercepatkan penyelesaian kes, tetapi cabaran utama adalah untuk memastikan keadilan terpelihara tanpa mengabaikan hak mangsa. Oleh itu, cadangan model pelaksanaan plea bargain perlu disertakan dengan mekanisme pengawasan yang ketat untuk memastikan prinsip syariah tetap dihormati. Kritikan dan refleksi dalam kajian ini penting untuk memperbaiki dan menambahbaik sistem keadilan jenayah syariah di Malaysia.








